Tuesday, August 4, 2009

Apa iTu jaLan yg LuruS???

Ada ulama' menjelaskan bahawa maksud jln lurus itu adalah menyembah ALLAH..Ini berdasarkan firman ALLAH yg bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH itu tuhanku & tuhanmu, maka sembahlah Dia, inilah jln yg lurus.."(Surah Ali Imran ayat 51)

Pendapat lain menyatakan jln lurus ialah agama islam ini juga berdasarkan firman ALLAH yg bermaksud: "Dan brgsiapa yg berpegang teguh dgn agama ALLAH maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk kpd jln yg lurus.."(Surah Ali Imran ayat 101)

Ada ulama' yg menyebut jln yg lurus adalah Al-Quran berdasarkan hubngan surah al-Fatihah dgn surah selepasnya. Melalui ayat 6-7 surah al-Fatihah, ALLAH meminta hambanya agar memohon jln yg lurus, maka ALLAH menjelaskan jln itu dgn berkata: "Inilah kitab yg tiada keraguan di dlmnya.."(Surah al-Baqarah). Oleh sebab al-Quran tidak boleh dipraktikkan tanpa panduan sunnah Rasulullah, maka jln yg lurus dlm konteks ini juga bermaksud mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..

Semua definisi ini dirangkumkan, boleh dirumuskan bahawa jln (kaedah) yg lurus ialah menyembah ALLAH dgn berpegang teguh kpd agama islam berpandukan al-Quran & Sunnah.. Secara praktiknya, jln yg lurus itu ialah perlaksanaan kesemua perintah ALLAH yg mengandungi 5 hukum - wajib(halal), sunat, haram, makruh dan harus dlm semua aspek kehidupan dari soal sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya..

"Ya ALLAH, tunjukkanlah kami jalan yang lurus.. Ameen.."



No comments:

Post a Comment

Copyright by armierhakiemie.. Segala cacat cela di dalam blog nih harap dapat dimaafkan..biasalah org baru blaja mestilaa x smart dier punyer blog.. Lagipun setiap manusia mesti ade buat kesilapan walaupun hanya sekali..Jadi ana harap siapa bace blog nih sebarkanlah kebaikannya kpd org lain walau satu ayat....

Terima kasih kerana telah melawat blog nih..
+WasSalam+