Saturday, August 1, 2009

Jemputlah Khusyuk Dalam Solatmu..

Dunia ini penuh liku2nya..jika ingin menjelajahi seluruhnya semestinya penat jasad ini.. Jadi jika letih perlu berehat.. seperti rasulullah bersabda: "Wahai Bilal rehatkanlah kami.."
Yang mana maksudnya adalah rasulullah mengarah Bilal supaya melaungkan azan supaya mereka semua boleh berehat.. mereka menganggap solat itu adalah satu istirehat dalam kehidupan mereka.. tapi dalam kita menunaikan solat, kita perlu berusaha untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat kita.. insyaAllah ana akan menunjukkan cara2 menjemput khusyuk dalam solat...

1)KEMAHUAN YANG KUAT..
bak kata pepatah:"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..'' kita perlu bertanya kepada diri kita,adakah kita betul2 ingin khuysuk dalam solat atau tidak..

2)Sebelum solat sebaiknya DENGARLAH AZAN,JAWABLAH AZAN,BACA DOA SELEPAS AZAN..
dengan ini kita dapat bersedia dengan lebih awal untuk berjumpa dengan Dia..

3)BERWUDUKLAH DENGAN SEMPURNA..
kita akan mendapat kesegaran daripada berwuduk..

4)Memakai PAKAIAN YANG BERSIH..
supaya berasa selesa ketika sedang solat..

5)Kita perlu MENGANGGAP SOLAT YANG TERAKHIR..
dengan ini kita akan lebih tekun dalam setiap pergerakan..

6)MEMANDANG KE TEMPAT SUJUD..
tiada tempat lain yang perlu kita pandang selain tempat sujud..

7)MEMBACA PELBAGAI SURAH..
jika kita membaca surah yang sama setiap kali kita solat, maka kita akan menganggap solat ini adalah satu rutin harian kita..

Jadi itu sajalah yang saya dapat post sekarang nih setelah lama blog ni dibiarkan..
Sedihla pulak kalau terbiar macam tuh jer.. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Copyright by armierhakiemie.. Segala cacat cela di dalam blog nih harap dapat dimaafkan..biasalah org baru blaja mestilaa x smart dier punyer blog.. Lagipun setiap manusia mesti ade buat kesilapan walaupun hanya sekali..Jadi ana harap siapa bace blog nih sebarkanlah kebaikannya kpd org lain walau satu ayat....

Terima kasih kerana telah melawat blog nih..
+WasSalam+